Search This Blog

Thursday, July 7, 2011

Air mata wanita


Itulah kenapa perasaan seorang wanita sangat peka. Allah menciptakannya dengan 9 perasaan dan 1 akal, maka mereka selalu mengutamakan perasaannya ketika ia hadapi sebuah permasalahan.
Tak hairanlah ketika perasaannya sedang sebak, air matanya pun mengalir. Bukan kerana dia lemah, tapi dengan air mata itulah ia meluahkan segala rasa yang ada didadanya beban kehidupannya dan permasalahan yang dihadapinya
Kenapa Allah menciptakan wanita begitu istimewa?  Wanita diberikan sebuah bahu yang begitu kukuh menahan beban dunia dan isinya, dan dia jadikan bahu itu begitu nyaman dan menenangkan,  ketika dia harus menopang kepala bayi yang sedang tertidur.
Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan.
Diciptakannya mereka begitu sabar menghadapi cercaan dari bayi yang dilahirkannya dari rahim
Allah memberikan mereka kesabaran untuk selalu memberikan perhatian dan kasih sayang pada keluargannya walaupun dirinya letih, mereka tetap berjuang tanpa kenal lelah dan kadangkala menahan sakit namun mereka tidak pernah berkeluh kesah.
Cinta yang diberikan kepada putera puterinya tidak terbatas.  Dia hanya tulus memberi dan tidak pernah mengharap kembali.. walau kadangkala dia disakiti dan dicaci maki namun setiap saat dan keadaannya dia begitu beerti tidak pernah sakit hati walau hatinya sering kali dilukai.
Wanita sebagai semangat dan kekuatan untuk membimbing suami ketika masa sulit yang dihadapinya bukankah wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki. Bukankah tugas sebuah tulang rusuk adalah untuk melindungi jantung dan hati agar ia selalu selamat dan tak tercedera?
Satu kekhususan yang Allah berikan pada wanita, AIR MATA. kerana dengan air mata wanita boleh menumpahkan perasaannya bila mereka memerlukannya.  Bukan sebuah kelemahan ketika wanita menangis tapi air mata itu adalah sebuah air mata kehidupan.
‘Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. ((Al-Hadith)
Oleh kerana itulah wahai ikhwan jadikan jangan kau siakan wanita. Ingatlah kau juga dilahirkan dari rahim ibumu yang juga seorang wanita, jika kau melukai hati wanita itu sama halnya kau lukai hati ibumu.
Jadi, lelaki dan wanita ada kelebihan dan kekurangan.Itulah sebab kita di jadikan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain. Segala amalan yg kita lakukan tetap akan di balas walau sebesar zarah.
—> tak kisah kalau nak copy, cuma sy mintak letak backlick url ke blog ni je..icon smile Kenapa Wanita Mengalirkan Air Mata? semoga sama2 mendapat manfaat


Sunday, October 24, 2010

Memaafkan

Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain,
itu petanda  kau sendiri tidak bahagia.
Pujuk dirimu bahagia apabila melihat 'musuh-musuhmu' bahagia .
Wahai diri,ingatlah...segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua

Jika datang orang 'menghadiahkan'air mata....Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar.
Jangan dilihat manusia  yang menjadi 'sebab',lihat dengan mata hati yang Allah jua menjadi
'musabbabil asbab',jika kau disakiti dia,Dia sedang mengajarmu erti redha.

Firman Allah yang bermaksud:
"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau akan dapati musuhmu menjadi seolah-olah saudara"-Surah Fussilat :34

Kini,hatiku tertanya-tanya lagi....siapa aku,yang begitusukar memaafkan?Tuan?Tuhan? Aku hanya hamba! Sedangkan Dia Sang Pencipta itu Maha Pemaaf,Maha Pengampun,siapa aku yang kerdil untuk berdendam?
Ya Allah....

Petikan dari majalah Nur Jun2010.